MELAKA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Dr Mohd Aleef Yusof tidak wajar menganggap kawasan diwakilinya sejak 2021 itu sebagai hak mutlak partinya untuk dipertahankan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, bulan depan.
Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin, berkata setiap kerusi yang pernah dimenangi dan bakal ditandingi pada PRN terbabit perlu dirunding dan dibincangkan menerusi pendekatan musyawarah bagi mengelakkan pertembungan sesama rakan persefahaman di kawasan sama pada pilihan raya.
Bagaimanapun, beliau yang juga EXCO Kanan Negeri, berkata keputusan untuk bertanding semula di kerusi yang sama adalah bergantung kepada keputusan kepemimpinan parti masing-masing selepas perbincangan secara profesional dilakukan dengan mengambil kira kekuatan jentera dan penerimaan pengundi di kawasan itu.









