PUTRAJAYA- Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 atau PeKa B40 akan dijenamakan semula sebagai PeKa Sihat.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini.
Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, program itu akan dijenamakan semula sebagai PeKa Sihat bagi meningkatkan keberkesanannya dalam menangani penyakit tidak berjangkit (NCD).
“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keberkesanan program berkenaan dalam membantu menangani masalah penyakit tidak berjangkit.










