LONDON: Kapten Chelsea, Reece James, selamat menjalani pembedahan lutut, menurut pengumuman kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.
Pemain pertahanan England berusia 26 tahun itu terlepas dua perlawanan liga terakhir Chelsea, termasuk kekalahan 0-3 kepada Brentford dan kemenangan besar 5-1 ke atas Bournemouth.
Chelsea dalam satu kenyataan memaklumkan James tidak beraksi ketika kemenangan ke atas Bournemouth di Stamford Bridge, Sabtu lalu, kerana perlu menjalani penilaian perubatan susulan kecederaan yang dialami ketika sesi latihan.
"Reece sudah memulakan proses pemulihan dan akan menerima sokongan daripada jabatan perubatan kelab di Cobham sepanjang tempoh rehabilitasi," menurut kenyataan itu.






