JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu pengesahan rasmi Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) berhubung dakwaan seorang ahli politik negara itu membiayai sewaan jet peribadi membawa 521 kilogram (kg) dadah disyaki syabu dari Subang, Selangor ke Laos.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, PDRM sudah berkongsi maklumat dengan PDEA berhubung kes berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya turut mengesan dua warga Filipina yang membuat tempahan jet peribadi terbabit.
"Sindiket Filipina itu menyewa perkhidmatan penerbangan peribadi untuk membawa dadah dari Laos ke Filipina.






