JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen menggempur beberapa premis perniagaan di sekitar daerah ini dipercayai dikendalikan warga asing kelmarin, dengan 73 ditahan atas pelbagai kesalahan.
Dalam operasi bersepadu bersama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bermula jam 3 petang itu, seorang lelaki dan wanita tempatan berusia antara 40 hingga 50 tahun yang juga pengurus premis turut ditahan.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi menyasarkan beberapa premis termasuk kedai telefon bimbit yang menawarkan perjudian dalam talian dan aktiviti menulis nombor ramalan, selain pusat urut rawatan kaki dan badan, serta restoran masakan tomyam.
"Pemeriksaan awal ke atas 22 premis perniagaan mendapati semua warga asing berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun dipercayai bekerja di situ.






