JOHOR BAHRU – Belum sempat ‘kilang’ dadah mereka beroperasi sepenuhnya, tiga individu ditahan polis selepas kegiatan sindiket memproses dadah terbongkar menerusi dua serbuan di sekitar daerah ini pada 1 Oktober lalu.
Serbuan di Taman Megah Ria, Masai dan sekitar Jalan Permas itu membawa kepada rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM18.19 juta, termasuk lebih 106 kilogram (kg) serbuk MDMA.
Dalam operasi berkenaan, polis turut menemukan peralatan dan bahan prekursor yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah, sekali gus membongkar kegiatan sindiket yang dipercayai menjadikan rumah kediaman sebagai lokasi pemprosesan bahan terlarang itu






