KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan gangsterisme dan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mengelak tindakan pihak berkuasa berjaya ditumpaskan menerusi Op Tebuan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, operasi itu membawa kepada penahanan tujuh lelaki berusia antara 34 hingga 58 tahun menerusi tujuh siri serbuan di Perak, Selangor dan Kedah.Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Julai lalu dengan mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran di utara Semenanjung Malaysia.Dadah berkenaan kemudian diedarkan untuk pasaran tempatan, khususnya di sekitar Lembah Klang, selain diseludup ke luar negara menggunakan khidmat keldai dadah.Beliau berkata, serbuan pertama pada 1 September lalu di hadapan kawasan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak, membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing."Hasil serbuan itu, kita merampas 50 bungkusan lutsinar mengandungi ketulan mampat disyaki bunga ganja dengan anggaran berat 26.2 kilogram (kg)."Suspek dijadualkan membawa dadah berkenaan dari Ipoh dengan transit di Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke London," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.Hussein berkata, suspek dipercayai berperanan sebagai keldai dadah yang ditugaskan membawa bekalan berkenaan ke Eropah melalui laluan udara.Menurutnya, sindiket itu dipercayai mengubah taktik dengan menggunakan lapangan terbang lain selepas laluan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi tumpuan penguatkuasaan.Beliau berkata, susulan penahanan suspek pertama, pihaknya menjalankan enam lagi siri serbuan pada 30 September dan 4 Oktober lalu di Selangor serta Kedah bagi mengesan rangkaian sindiket dan individu yang membekalkan dadah kepada keldai dadah terbabit."Hasil operasi itu, kita menahan enam lagi lelaki tempatan dan merampas dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat 210kg."Rampasan bunga ganja pula dianggarkan seberat 69kg, menjadikan keseluruhan nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM18.16 juta," katanya.Hussein berkata, kesemua tujuh suspek telah dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, dengan suspek pertama didakwa pada 8 September lalu, manakala enam lagi pada 8 Oktober lalu.Menurutnya, ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama positif methamphetamine, manakala suspek kedua, ketiga dan ketujuh positif methamphetamine serta amphetamine dan suspek keempat pula didapati positif ganja.Beliau berkata, semakan mendapati beberapa suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah lampau, termasuk suspek kedua yang mempunyai enam rekod berkaitan dadah dan satu rekod jenayah."Suspek ketiga mempunyai dua rekod jenayah, suspek keempat mempunyai satu rekod dadah dan dua rekod jenayah, manakala suspek kelima mempunyai dua rekod jenayah."Suspek ketujuh pula mempunyai tujuh rekod berkaitan dadah," katanya.Dalam operasi sama, polis turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan menyita harta yang dianggarkan bernilai RM118,000.Hussein berkata, sitaan itu membabitkan dua kenderaan jenis Honda Civic dan Honda City serta lima kad bank."Kita percaya berjaya menumpaskan satu rangkaian pengedaran dadah yang membawa masuk bekalan dari negara jiran di utara sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan dan diseludup ke luar negara menggunakan keldai dadah."Mereka juga dipercayai terbabit dalam kegiatan gangsterisme dan sanggup melakukan apa sahaja untuk melepaskan diri," katanya.
‘Tokan’ gangster tumpas, dadah RM18.16 juta dirampas

Key points
- KUALA LUMPUR - Sindiket pengedaran dadah yang dipercayai turut terbabit dalam kegiatan gangsterisme dan sanggup melakukan pelbagai cara untuk mengelak tindakan pihak berkuasa berjaya ditumpaskan menerusi Op Tebuan.
- Menurutnya, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Julai lalu dengan mendapatkan bekalan dadah dari negara jiran di utara Semenanjung Malaysia.
- Hussein berkata, suspek dipercayai berperanan sebagai keldai dadah yang ditugaskan membawa bekalan berkenaan ke Eropah melalui laluan udara.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Polis tahan 2 lelaki bawa dadah RM3.3 juta di Kuching
- Sinar Harian ‘Tokan’ gangster tumpas, dadah RM18.16 juta dirampas (this story)








