JOHOR BAHRU – Sebuah makmal dadah yang dipercayai baharu bersiap sedia untuk memulakan operasi digempur polis sebelum sempat menghasilkan dan mengedarkan bahan terlarang itu ke pasaran tempatan serta antarabangsa.Serbuan di dua lokasi di Taman Megah Ria dan Jalan Permas pada 1 Oktober lalu membawa kepada penahanan tiga individu tempatan berusia antara 17 hingga 22 tahun serta rampasan dadah dan bahan berkaitan bernilai RM18.19 juta.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan telah menyediakan pelbagai peralatan dan bahan prekursor untuk memproses dadah, namun operasi pengeluaran masih belum dimulakan.Menurutnya, sindiket itu dipercayai aktif sejak Jun lalu dengan menggunakan dua premis berasingan bagi melancarkan kegiatan mereka."Sebuah rumah kedai dijadikan stor penyimpanan bahan prekursor dan peralatan pemprosesan dadah, manakala sebuah rumah digunakan sebagai lokasi pemprosesan."Siasatan awal mendapati mereka belum memasarkan dadah kerana makmal berkenaan masih belum beroperasi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Jumaat.Beliau berkata, serbuan pertama di sebuah rumah kedai di Taman Megah Ria membawa kepada penahanan dua lelaki dan seorang wanita.Dalam serbuan itu, polis merampas 101.64 kilogram (kg) dadah jenis MDMA serta 14 liter cecair disyaki mengandungi bahan sama.Turut ditemukan enam paket plastik mengandungi serbuk disyaki ekstasi seberat 122.14 gram (g) dan 30 biji pil Eramin 5 seberat 7.56g.Polis turut menyita sebuah forklift serta pelbagai peralatan dan bahan prekursor yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah.Hussein berkata, susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Jalan Permas dan menemukan 5.20kg MDMA serta 23 liter cecair disyaki ganja."Pelbagai peralatan dan bahan prekursor yang dipercayai digunakan dalam kegiatan pemprosesan dadah turut dirampas di lokasi kedua."Keseluruhan rampasan dadah dianggarkan bernilai RM18.19 juta dan berpotensi menjejaskan kira-kira 426,000 individu sekiranya berjaya dipasarkan," katanya.Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket berkenaan berkemungkinan mempunyai kaitan dengan rangkaian antarabangsa.Bagaimanapun, beliau berkata, sindiket itu dipercayai belum sempat membawa masuk ahli kimia dari luar negara bagi mengendalikan proses penghasilan dadah sebelum kegiatan mereka dihidu polis."Makmal itu baru hendak beroperasi, polis sudah menyerbu. Mereka tidak sempat memproses dan memasarkan dadah."Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dua daripada tiga suspek positif methamphetamine, manakala semakan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.Beliau berkata, seorang suspek lelaki dipercayai bertindak sebagai penyelaras sindiket, manakala seorang lagi menguruskan aspek logistik dan penyewaan premis.Suspek wanita berusia 17 tahun pula dipercayai teman wanita kepada suspek yang berperanan sebagai penyelaras sindiket.Selain itu, po
Makmal dadah RM18.19 juta digempur, tiga ditahan termasuk remaja 17 tahun

Key takeaways
Polis menggempur makmal dadah bernilai RM18.19 juta di Johor, menahan tiga individu termasuk seorang remaja 17 tahun.
- Serbuan di dua lokasi di Johor membawa kepada penahanan tiga individu.
- Polis merampas 101.64 kg dadah jenis MDMA dan 14 liter cecair disyaki mengandungi bahan terlarang.
- Sindiket itu dikatakan belum memasarkan dadah kerana makmal masih belum beroperasi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Ops Tebuan: Tujuh ditahan, dadah RM18.16 juta dirampas
- Sinar Harian Makmal dadah RM18.19 juta digempur, tiga ditahan termasuk remaja 17 tahun (this story)








