Johor Bahru: Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas pelbagai jenis dadah sintetik berjumlah RM18.19 juta dalam serbuan di Masai dan Permas Jaya di sini, 1 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 17 hingga 22 tahun turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

Beliau berkata, modus operandi sindiket ini adalah menjadikan rumah kedai sebagai stor penyimpanan prekursor dan peralatan memproses dadah, manakala rumah teres dijadikan lokasi memproses dadah.

"Berdasarkan jumlah dan jenis peralatan yang ditemui, kita percaya makmal dadah haram ini masih dalam peringkat persediaan sebelum beroperasi sepenuhnya.