KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen ditahan reman sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap lima pelajar lelaki di ibu negara, baru-baru ini.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kesemua mangsa berusia dalam lingkungan umur belasan tahun."Suspek berusia lewat 40-an yang juga penjawat awam telah ditahan reman sehingga 21 Oktober bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Sebelum ini, Fadil dilaporkan berkata, perbuatan terkutuk itu didakwa dilakukan di rumah suspek yang turut dijadikan sebagai pusat tuisyen.Polis menerima lima laporan berasingan berhubung kejadian itu yang dibuat di Balai Polis Bukit Jalil.Laporan polis yang pertama dibuat pada 6 Oktober lalu, diikuti laporan kedua pada 10 Oktober, manakala tiga lagi laporan diterima pada 11 OktoberFadil berkata, pihak polis melakukan siasatan terperinci dan merekodkan keterangan daripada pelbagai pihak bagi melengkapkan kertas siasatan.Siasatan lanjut sudah dijalankan dan polis sudah mendapatkan keterangan daripada ahli keluarga dan mangsa.Semua pihak iaitu ahli keluarga mangsa, pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam siasatan kes ini.Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792)," katanya.
Guru tuisyen direman sehingga 21 Oktober bantu siasat kes amang seksual 5 pelajar

Key takeaways
Seorang guru tuisyen ditahan reman sehingga 21 Oktober untuk membantu siasatan kes amang seksual terhadap lima pelajar lelaki.
- Suspek berusia lewat 40-an dan merupakan penjawat awam.
- Kesemua mangsa berusia dalam lingkungan belasan tahun.
- Polis menerima lima laporan dan sedang lakukan siasatan terperinci.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Penceramah motivasi direman bantu siasatan kes gangguan seksual
- Sinar Harian Guru tuisyen direman sehingga 21 Oktober bantu siasat kes amang seksual 5 pelajar (this story)








