KOTA BHARU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang meneliti dakwaan petrol bercampur air yang dipercayai menyebabkan kerosakan beberapa kenderaan selepas mengisi bahan api di sebuah stesen minyak di Tanjung Mas, di sini.Pengarah KPDN Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, pengguna yang terkesan diminta tampil mengemukakan aduan rasmi kepada kementerian itu berserta bukti berkaitan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.Menurutnya, pengguna yang mengalami kerugian juga boleh menuntut pampasan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)."Pengguna perlu membuat aduan rasmi dan membawa bersama semua bukti kerosakan yang dialami yang dikaitkan dengan pengisian petrol dipercayai bercampur air."Sekiranya tribunal mengesahkan berlaku kesalahan, pemilik stesen minyak boleh diarahkan membayar ganti rugi," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat KPDN Kelantan pada Jumaat.Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan seorang peniaga mendakwa mengalami kerugian RM4,800 selepas kereta jenis Honda Stream miliknya rosak dipercayai akibat mengisi petrol RON95 yang bercampur air di sebuah stesen minyak di Tanjung Mas, bulan lalu.Dalam perkembangan berkaitan, Hanif Yusabra berkata, pihaknya turut mengambil sampel petrol di sebuah stesen minyak di Tanah Merah susulan aduan seorang pengguna yang mendakwa kenderaannya mengalami kerosakan selepas mengisi bahan api di premis berkenaan minggu lalu."Sampel tersebut telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk menentukan sama ada petrol berkenaan benar-benar bercampur air atau sebaliknya."Kita masih menunggu keputusan analisis sebelum sebarang tindakan lanjut diambil terhadap stesen minyak terbabit," katanya.Beliau turut menggalakkan orang ramai yang berdepan situasi sama supaya membuat aduan rasmi kepada KPDN bagi memudahkan proses siasatan.Menurutnya, pengguna juga boleh mengemukakan tuntutan menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia yang membenarkan tuntutan sehingga RM50,000.
KPDN siasat dakwaan petrol bercampur air di Tanjung Mas

Key takeaways
KPDN menyiasat dakwaan petrol bercampur air di Tanjung Mas yang menyebabkan kerosakan kenderaan.
- Pengguna diminta buat aduan rasmi dan bawa bukti kerosakan.
- Pemilik stesen minyak boleh diarahkan bayar ganti rugi jika terbukti salah.
- Sampel petrol dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ADILA SHARINNI WAHID
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro KPDN Kedah ambil sampel petrol didakwa bercampur air
- Paul Tan's Automotive News KPDN takes RON95 samples from 11 petrol stations in Kedah following claims of water mixing with fuel
- Paul Tan's Automotive News Complaints for alleged water contamination in RON95 petrol involving 30 stations in Penang lodged with KPDN
- Malaysiakini (BM) Putra desak SPRM siasat dakwaan KKDW ‘boros’ RM2.1 bilion
- Sinar Harian KPDN siasat dakwaan petrol bercampur air di Tanjung Mas (this story)









