PUTRAJAYA: Tiada sebarang syarikat konsesi sawit dari Malaysia terbabit dalam aktiviti pembakaran yang mencetuskan situasi jerebu di Indonesia dan beberapa negara lain ketika ini.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan perkara itu telah disahkan menerusi semak silang industri dengan syarikat Malaysia yang mempunyai konsesi sawit di Indonesia.
“Semak silang dengan syarikat Malaysia yang mempunyai konsesi sawit menunjukkan aktiviti pembakaran itu berlaku di luar konsesi sawit milik syarikat Malaysia.
“Jemaah Menteri telah dimaklumkan bahawa terutamanya di Kalimantan, secara umum lebih 101 hari tiada hujan, kalau ada pun t







