KUALA LUMPUR: Semua syarikat perladangan Malaysia yang beroperasi di luar negara wajib mematuhi undang-undang tempatan serta melaksanakan tindakan pencegahan dan pengawalan kebakaran secara berkesan.
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menegaskan syarikat perladangan juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam menangani risiko penularan api dari kawasan sekitar demi memelihara kesihatan awam dan kelestarian alam sekitar.
Katanya, sebagai langkah susulan, KPK menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mengadakan sesi libat urus bersama enam syarikat Malaysia berkaitan pada 10 September lalu.
"Sesi ini bagi mendapatkan maklumat menyeluruh mengenai situasi kebakaran serta langkah pencegahan dan pengawalan di kawasan operasi masing-masing.






