TANJONG MALIM: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan HONOR Technology (Malaysia) Sdn. Bhd. memeterai memorandum perjanjian (MoA) bagi mewujudkan HONOR AI Lab @ UPSI sebagai usaha memperkukuh pendidikan, penyelidikan dan inovasi dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

Majlis menandatangani MoA itu disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff dan Pengurus Besar Honor , Chen Long, serta disaksikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Tetamu Utama, Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.

Menurut Md Amin, penubuhan makmal itu merupakan langkah strategik dalam memperluas akses kepada teknologi