PUTRAJAYA: Penetapan kenaikan gaji minimum mulai Jun 2027 dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk kesan kenaikan harga barang dan inflasi bagi memastikan ekonomi negara mampu menampung peningkatan gaji berkenaan.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata, keputusan menaikkan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 itu dibuat selepas penelitian rapi serta berdasarkan data yang dikumpulkan daripada pelbagai pihak dan pemain industri.

“Seperti yang saya katakan, kita telah membuat pengiraan dengan sangat teliti. Kenaikan ini bukanlah mendadak. Ia tidak pergi kepada RM3,000 hingga RM3,500 seperti yang dikatakan beberapa pakar di luar sana kerana ramai antara mereka tidak mengambil kira kenaikan harga dan inflasi,” katanya pada sesi Taklimat Garis Panduan Gaji Pokok Permulaan Berdasarkan Piawaian Pengelasan Pekerjaan