PATTAYA: Seorang lelaki warga Kemboja yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah di Pattaya, Thailand, dilaporkan terkentut di hadapan anggota polis selepas terkejut ketika serbuan dilakukan semalam.
Serbuan oleh polis Nong Prue di sebuah pondok sementara di daerah Pong itu dilakukan selepas menerima maklumat bahawa suspek, Dth Pearom, 35, dipercayai menjual dadah dari lokasi berkenaan.
Pemeriksaan di lokasi menemukan 144 pil yaba dan lima gram syabu yang disembunyikan di dalam sebuah beg. Menurut polis, dadah berkenaan dipercayai disediakan untuk dijual kepada pelanggan.
Ketika ditahan, suspek dilaporkan terkentut sehingga menyebabkan bau busuk memenuhi ruang berkenaan, sekali gus membuatkan individu yang berada berhampiran bergegas menjauhkan diri.








