Anggota polis membawa suspek yang juga suami mangsa di lokasi seorang pegawai AKPS ditemukan mati ditikam di kediamannya di Kuarters KLIA malam tadi. (Gambar Bernama)SEREMBAN: Punca seorang wanita maut dipercayai ditikam suaminya di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi ialah akibat perselisihan rumah tangga.
Ketua Polis Negeri Sembilan Alzafny Ahmad berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.30 malam tadi, selepas seorang lelaki menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor memaklumkan mengenai kematian isterinya.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan menemukan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 30-an dalam keadaan tidak sedarkan diri.






