KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat apabila minat belian beralih daripada saham berwajaran tinggi kepada saham teknologi dan telekomunikasi bermodal lebih kecil, serta amanah pelaburan hartanah (REIT).

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 15.94 mata, atau 0.98 peratus, kepada 1,607.76 berbanding paras 1,623.70 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 1.13 mata kepada 1,624.83, bergerak antara paras 1,602.98 dan 1,626.34 sepanjang sesi dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 597 berbanding 470, manakala 518 kaunter tidak berubah, 1,258 kaunter tidak diniagakan dan 33 kaunter digantung.