ISTANBUL: Menteri luar dari 19 negara pada Jumaat mengecam sekeras-kerasnya tindakan Colombia merasmikan kedutaannya di Baitulmaqdis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Luar Turkiye, menteri berkenaan menyatakan "penolakan secara mutlak" terhadap keputusan itu.
Mereka berkata langkah berkenaan melanggar resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menjejaskan usaha antarabangsa untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara.
Kenyataan itu dikeluarkan menteri luar Turkiye, Malaysia, Algeria, Djibouti, Mesir, Indonesia, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.









