Kuala Lumpur: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) jelas mengambil langkah pantas bagi menjaga kebajikan pemain yang perlu beraksi dalam situasi jerebu apabila menggalakkan pelaksanaan 'cooling break' dalam perlawanan Liga Malaysia (Liga M).

Itu antara penekanan yang diberikan menerusi mesyuarat dalam talian berhubung pelaksanaan dan status terkini bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) membabitkan perlawanan Liga M, hari ini.

Mesyuarat dalam talian terbabit dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd bersama Ketua Pegawai Operasi MFL, Harris Taufieq Zafri, ketua-ketua unit MFL, wakil daripada Liga Bolasepak Amatur (AFL) serta CEO-CEO kelab Liga M dan wakil kelab yang terbabit.