KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak mengetahui mengenai kutipan dana menerusi kempen Justice for Zara (JFZ) yang didakwa turut disalurkan terus ke akaun bank miliknya.Noraidah Lamat, 46, ketika menjawab soalan peguam, Datuk Ram Singh menjelaskan bahawa akaun berkenaan dibuka selepas ramai pihak mahu menghulurkan sumbangan dan bersedekah kepadanya."Saya tidak tahu mengenai kempen JFZ di bawah Mona Din. Untuk kutipan JFZ itu, mengenai duit yang masuk ke akaun ibu Zara ini, ini bukan satu kutipan khas."Saya buka akaun itu kerana pada waktu itu ramai yang ingin menyumbang atau bersedekah kepada saya," katanya.Berhubung sumbangan RM10,000 yang turut dibangkitkan dalam prosiding, Noraidah menjelaskan wang berkenaan bukan sebahagian daripada kempen JFZ, sebaliknya sumbangan amal jariah daripada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Maszlee Malik.Sebelum itu, Ram meminta Noraidah menjelaskan sejauh mana dia mengenali pempengaruh Mona Din, yang didakwa membuat kenyataan menerusi Facebook bahawa kutipan JFZ turut disalurkan terus ke akaun ibu Zara Qairina, selain melalui tabung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Marhamah.Noraidah berkata, beliau tidak mengenali Mona Din secara langsung dan hanya pernah mendengar namanya disebut di media sosial, khususnya Facebook.Ketika ditanya sama ada kenyataan Mona Din bahawa seorang bekas menteri menyalurkan RM10,000 melalui pempengaruh itu sebagai perantara adalah benar, Noraidah berkata dia tidak mengetahui perkara berkenaan."Saya tidak tahu apa yang dia maksudkan, jadi saya tidak boleh mengulas," katanya.Ram kemudian mempersoalkan mengapa Noraidah tidak mengambil tindakan saman terhadap Mona Din berhubung kenyataan berkenaan.Bagaimanapun, Noraidah menjelaskan beliau tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mengenali pempengaruh itu.Dalam prosiding sama, Noraidah turut ditanya mengenai papan iklan tertera ungkapan 'Justice for Zara' yang dipasang di pelbagai daerah di Sabah.Noraidah mengakui mengetahui kewujudan papan iklan berkenaan, namun berkata, dia tidak pernah dimaklumkan mengenai pihak yang memasangnya atau bila pemasangan itu dilakukan."Saya tahu mengenai billboard yang dipasang di setiap daerah. Tetapi saya tidak pernah dimaklumkan mengenai siapa yang memasang, bila ia dipasang. "Saya cuma melihat orang ramai bergambar di billboard tersebut dan pos di Facebook," katanya.Ketika ditanya sekali lagi mengenai pihak yang membiayai pemasangan papan iklan itu, Noraidah menjawab bahawa dia tidak mengetahuinya.Beliau turut memaklumkan tidak mengetahui sama ada kutipan yang dibangkitkan dalam prosiding itu dibuat secara sukarela untuk disalurkan kepadanya, kerana tidak pernah menerima sebarang makluman mengenainya.
Ibu Zara Qairina tidak tahu kutipan dana 'Justice for Zara'

Key points
- KOTA KINABALU - Ibu Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner di sini bahawa beliau tidak mengetahui mengenai kutipan dana menerusi kempen Justice for Zara (JFZ) yang didakwa turut disalurkan terus ke akaun bank miliknya.
- Untuk kutipan JFZ itu, mengenai duit yang masuk ke akaun ibu Zara ini, ini bukan satu kutipan khas.
- Sebelum itu, Ram meminta Noraidah menjelaskan sejauh mana dia mengenali pempengaruh Mona Din, yang didakwa membuat kenyataan menerusi Facebook bahawa kutipan JFZ turut disalurkan terus ke akaun ibu Zara Qairina, selain melalui tabung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Marhamah.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Ibu Zara Qairina tidak tahu kutipan dana 'Justice for Zara' (this story)







