JOHOR BAHRU - Pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dipercayai maut selepas dipukul berulang kali menggunakan sebatang besi sepanjang 96 sentimeter, termasuk pada bahagian kepala, dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Sabtu lalu.Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata, batang besi yang dibalut dengan tali leher itu dipercayai digunakan suspek berusia 16 tahun ketika menyerang mangsa.Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah akibat trauma tumpul di kepala, selain beberapa kecederaan turut dikesan pada anggota badannya."Kita tidak menolak berlakunya pergelutan antara kedua-duanya berdasarkan beberapa kesan kecederaan pada tangan Irene Sofiya."Setakat ini juga, tiada cubaan rogol terhadap mangsa," katanya pada sidang akhbar di sini pada Jumaat.AB Rahaman berkata, siasatan terkini mendapati perasaan dendam akibat cinta ditolak dipercayai menjadi motif pembunuhan pelajar berkenaan.Katanya, suspek yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai tidak berpuas hati selepas cintanya ditolak, selain mendakwa Irene Sofiya menjalin hubungan dengan rakan baiknya sendiri."Siasatan terkini mendapati motif pembunuhan dipercayai akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa kerana menolak cintanya.ARTIKEL BERKAITAN:Pelajar ditemui maut di sekolah disyaki dibunuhPelajar maut di sekolah: Nenek lihat Fiya terkulai, berlumuran darah dalam dewan sekolahPelajar maut di sekolah: 'Fiya nak jadi doktor macam arwah ibu' - Ibu saudaraPelajar maut di sekolah: Tiada kompromi terhadap buli, jenayah di sekolah - ExcoPelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - RakanPelajar maut dibunuh: 3 pelajar lelaki ditahan, seorang direman pagi iniIrene Sofiya maut dibunuh: Pelajar lelaki direman enam hariIrene Sofiya maut dibunuh: Polis rampas telefon bimbit, pakaian suspekIrene Sofiya maut dibunuh: Hasrat 'staycation' sambut hari lahir tinggal kenangan Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan "Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dan siasatan lanjut masih dijalankan," ujarnya.Beliau berkata, perkembangan itu diperoleh hasil soal siasat terhadap suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan.Menurutnya, polis turut merampas beberapa barang berkaitan siasatan termasuk batang besi yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut."Kertas siasatan yang sudah lengkap akan dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor hari ini untuk arahan selanjutnya," katanya.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Irene Sofiya ditemukan maut di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth, Yong Peng, Batu Pahat, pada 3 Oktober lalu.Susulan kejadian itu, tiga remaja lelaki ditahan dengan seorang daripadanya direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Tempoh reman terhadap suspek berusia 16 tahun itu turut disambung enam hari lagi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Berlaku pergelutan, Irene Sofiya dipercayai dipukul berulang kali dengan batang besi - Polis

Key points
- JOHOR BAHRU - Pelajar Tingkatan Empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, dipercayai maut selepas dipukul berulang kali menggunakan sebatang besi sepanjang 96 sentimeter, termasuk pada bahagian kepala, dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Sabtu lalu.
- Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata, batang besi yang dibalut dengan tali leher itu dipercayai digunakan suspek berusia 16 tahun ketika menyerang mangsa.
- Katanya, suspek yang juga rakan sekelas mangsa dipercayai tidak berpuas hati selepas cintanya ditolak, selain mendakwa Irene Sofiya menjalin hubungan dengan rakan baiknya sendiri.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Irene Sofiya dipukul batang besi lepas cinta ditolak, kata polis
- Harian Metro Tolak cinta dipercayai motif pembunuhan Irene Sofiya
- Sinar Harian Berlaku pergelutan, Irene Sofiya dipercayai dipukul berulang kali dengan batang besi - Polis (this story)







