KUALA LUMPUR - Semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ditutup sepenuhnya mulai hari ini sehingga tempoh yang dimaklumkan kelak susulan situasi jerebu ketika ini.Jawi menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan semua sekolah itu, perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.Sementara itu, guru dan anggota kumpulan pelaksana melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa."Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada pihak Jawi dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula Institusi Pendidikan Islam (IPI) Jawi," menurut kenyataan itu. - Bernama
Jerebu: Semua sekolah seliaan Jawi ditutup mulai hari ini

Key takeaways
Semua sekolah di bawah seliaan Jawi ditutup mulai hari ini kerana jerebu.
- Sekolah di bawah Jawi ditutup sepenuhnya.
- Pembelajaran di rumah (PdPR) diperlukan untuk murid.
- Guru dan anggota kumpulan pelaksana bekerja dari rumah (BDR).
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Jerebu: Semua sekolah di Melaka ditutup esok.
- Berita Harian Jerebu: Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup esok
- Harian Metro Jerebu: Sekolah agama seliaan JHEAINS diarah ditutup
- Sinar Harian Jerebu: Semua sekolah seliaan Jawi ditutup mulai hari ini (this story)







