PETALING JAYA: Adun Permatang, Nurul Syazwani Noh, mendakwa beliau tidak dimaklumkan tentang perjanjian kerjasama antara wakil rakyat Bersatu Selangor dengan parti pemerintah.
Syazwani berkata beliau terkejut apabila mengetahui rundingan sudah sampai ke peringkat memuktamadkan terma perjanjian yang dijangka ditandatangani sebelum pembentangan belanjawan Selangor.
"Saya sendiri agak terkejut apabila membaca kenyataan bahawa rundingan sudah sampai ke peringkat memuktamadkan terma, dan perjanjian dikatakan akan ditandatangani sebelum belanjawan dibentangkan," katanya kepada FMT.








