JAKARTA – Penduduk sebuah perkampungan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila bergotong-royong membaiki jalan utama yang rosak. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @friska_32 menunjukkan sekumpulan wanita dalam lingkungan usia 40 tahun mengetuk kayu yang diletakkan di atas lubang. 

Kayu tersebut disusun dan diketuk menggunakan tukul bagi menutup jalan berlubang.

Rakaman itu mencatatkan lebih 184,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Mana orang lelaki?” kata seorang netizen.