PETALING JAYA – Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B kerana memiliki adab yang tinggi dalam satu pertemuan baru-baru ini.
Menurut Rita, 50, perbualan bersama Cik B atau nama penuhnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 21, meninggalkan kesan mendalam kepadanya sehingga terbawa-bawa hingga ke rumah.
“Semalam saya jumpa Cik B. Berborak macam-macam dengan Gen Z ini tetapi entah kenapa, borak itu terbawa-bawa sampai saya pulang ke rumah.
“Sampai di rumah saya cerita pada anak-anak tentang Cik B. Tak habis lagi, anak sulung telefon pada pukul 12.30 malam, saya sambung lagi cerita pasal Cik B.
“Kenapa sampai macam itu sekali? Sebab adab dia. Cik B mungkin ada segala-galanya tapi paling menyerlah pada saya bukan apa yang dia miliki sebaliknya cara dia membawa diri,” katanya dalam satu hantaran Threads.







/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/99fa1c1018b62ecbe6d1dfeb2b2f2638.jpg)

