BENTONG – Cemburu kerana teman wanitanya bertemu dengan lelaki lain dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak menjerut teman wanitanya yang merupakan pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas) sehingga maut di sebuah bilik sewa di Jalan Air Putih, Kuantan, pagi semalam.
Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, suspek berusia 19 tahun yang telah diberhentikan pengajian di Polisas dikatakan datang ke rumah sewa mangsa sejak seminggu lalu.
“Suspek yang berasal dari Perak itu dipercayai datang ke rumah sewa mangsa kira-kira seminggu sebelum kejadian untuk tinggal bersama mangsa yang menyewa bersama beberapa orang rakan di rumah berkenaan.
“Motif pembunuhan kita percaya adalah akibat cemburu antara pasangan kekasih apabila suspek mengesyaki mangsa berjumpa dengan lelaki lain,”katanya pada sidang akhbar pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bentong dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Daerah Bentong di Ibu Pejabat polis Daerah Bentong, di sini hari
ini.










