KUALA LUMPUR – Sesi libat urus bagi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan penjagaan ibu bapa diperluaskan di seluruh negara untuk mendapatkan pandangan pelbagai pihak bagi memastikan kebajikan golongan itu terjamin serta dilindungi daripada pengabaian, penderaan dan eksploitasi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, proses konsultasi tersebut melibatkan pelbagai kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta rakyat di peringkat akar umbi.
Bagaimanapun, beliau berkata kementerian sedang dalam fasa akhir penggubalan RUU itu dan dijangka dibentangkan di Parlimen pada awal tahun depan.










