KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner di sini hari ini menetapkan 15 Januari tahun hadapan untuk memberikan keputusannya dalam inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir.
Koroner Amir Shah Amri Hassan, menetapkan tarikh itu susulan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam prosiding inkues berkenaan.
Beliau berkata, pihak terbabit diberikan masa sehingga 15 Disember tahun ini untuk memfailkan hujahan bertulis masing-masing.
Katanya, mahkamah juga menetapkan 8 Januari 2027 untuk penjelasan hujahan.








