Kuala Lumpur: Pelakon Zul Huzaimy menyifatkan selain kekangan kewangan, masalah jerebu ketika ini menjadi antara faktor yang menyebabkan filem Bisikan Nafsu kurang mendapat sambutan di pawagam.
Zul Huzaimy atau nama sebenarnya Zul Huzaimy Marzuki, 48, berkata pada pemerhatiannya, ramai orang bimbang untuk keluar rumah termasuk menonton wayang kerana situasi jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.
"Situasi jerebu juga memainkan peranan sebab kalau di Johor terutama kawasan dekat tepi pantai, keadaan jerebu juga teruk.
"Saya sendiri pun takut nak keluar rumah dalam keadaan jerebu dan pada masa sama, ibu bapa juga risau untuk bawa anak keluar menonton wayang kerana sekolah pun sekejap buka dan sekejap tutup.









