SEOUL – Seorang pempengaruh dan pelajar universiti warga Korea Selatan berumur 25 tahun meninggal dunia selepas rebah hanya 500 meter dari garisan penamat dalam larian separa maraton, Seoul Race 2026, lapor laman berita Mothership.
Acara itu berlangsung pada 11 Oktober lalu. Menurut akhbar Chosun Daily dan Chosun Biz, Yu Ji-won sedang bertanding dalam kategori separa maraton pada jarak kira-kira 21.1km.
Dia rebah kira-kira pukul 8.49 pagi dan diberikan rawatan perubatan di lokasi sebelum dikejarkan ke hospital. Mangsa bagaimanapun meninggal dunia tidak lama kemudian.
Jawatankuasa penganjur menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya dan menyatakan akan menyiasat insiden itu. – AGENSI








