Seoul: Kementerian Pertahanan Korea Selatan pada Isnin membuka pangkalan transformasi kecerdasan buatan (AI) fizikal pertama tentera bagi meningkatkan keupayaan penggunaan teknologi berkenaan, lapor Yonhap News Agency.
Kementerian itu dalam kenyataan memaklumkan, majlis pembukaan pangkalan transformasi AI (AX) pertama Tentera Darat itu berlangsung di Pangyo, selatan Seoul.
Menurut kementerian itu, kira-kira 150 kakitangan menghadiri majlis itu termasuk pegawai daripada kementerian sains dan industri.
Pangkalan AX itu akan mengumpul data AI fizikal dan menggunakan model AI untuk melatih robot humanoid serta robot berkaki banyak.









