Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merampas pelbagai mainan jenis squishy bernilai RM30,391 yang disyaki tidak mematuhi piawaian keselamatan dalam pemeriksaan yang lakukan di negeri ini sejak 3 Oktober lalu.
Pengarahnya, Mohd Mufsi Lat, berkata sejumlah 2,380 unit mainan berbentuk span lembut terdiri daripada pelbagai bentuk dan jenis itu disita hasil 101 pemeriksaan dijalankan.
Beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati mainan itu disyaki tidak mempunyai tanda pematuhan standard keselamatan Malaysia (MC) seperti diwajibkan di bawah peraturan yang berkuat kuasa.
"Sebanyak enam premis di Kuala Terengganu diambil tindakan dan kes dibuka mengikut siasatan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 serta peraturan berkaitan standard keselamatan mainan.









