BUKIT MERTAJAM : Pasukan Polis Marin Wilayah Satu berjaya melumpuhkan satu sindiket penyeludupan rokok putih dan minuman keras tidak bercukai yang dianggarkan bernilai RM727,351 susulan satu serbuan di sebuah premis tidak bernombor di Kubang Semang di sini, Jumaat lalu.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, serbuan itu merupakan sebahagian daripada Operasi Khas Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Bilangan 6/2026 yang berlangsung selama enam hari bermula 6 Oktober lepas.
Beliau berkata, dalam serbuan berkenaan, dua lelaki warga asing yang masing-masing berusia 28 dan 36 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Pemeriksaan lanjut kemudian menemukan sebanyak 180,000 batang rokok putih pelbagai jenis serta 7,860.64 liter minuman keras dengan nilai rampasan termasuk cukai berjumlah RM727,351.








