PETALING JAYA: Polis belum memperoleh maklumat berhubung sama ada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mula menjalani hukuman tahanan dalam rumah di kediamannya di Langgak Duta, Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, penugasan anggota di kawasan itu masih kekal berpandukan perancangan sebelum ini.

“Belum lagi. Saya masih belum menerima sebarang maklumat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, pihak pembelaan mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghabiskan baki hukuman penjara bagi kes SRC International bersama keluarga di kediamannya di Langgak Duta.