BAITULMUQADDIS: Bekas ketua agensi keselamatan dalam negeri Israel, Ronen Bar memfailkan saman fitnah terhadap Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menuduh beliau mengabaikan amaran sebelum serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 dan cuba mengalihkan kesalahan atas kegagalan keselamatan ketika itu.
Bar yang mengetuai agensi keselamatan dalam negeri, Shin Bet ketika serangan berkenaan berlaku, memfailkan saman bernilai hampir AS$1 juta (RM4.08 juta) pada Rabu.
Netanyahu sebelum ini menuduh Bar menyembunyikan maklumat perisikan dan gagal memberi amaran kepada tentera atau memindahkan pengunjung festival muzik Nova sebelum serangan itu.
Bar menolak dakwaan berkenaan dan berkata, Netanyahu cuba melepaskan diri daripada tanggungjawab terhadap serangan yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang serta menyaksikan 251 individu dijadikan tebusan.









