Armizan Mohd Ali sebelum ini berkata simulasi berdasarkan keputusan PRN menunjukkan gabungan itu berpotensi memenangi lebih 15 kerusi Parlimen.PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menjadikan konvensyen di Kudat, Ahad ini sebagai medan memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi PRU16, selain menilai kemajuan agenda pembangunan negeri.

Setiausaha Agungnya Armizan Mohd Ali berkata hampir 3,000 peserta dan pemerhati mewakili 26 kawasan Parlimen di Sabah termasuk Labuan dijangka menghadiri Konvensyen GRS 2026 di Dewan Tun Mustapha.

Katanya, konvensyen itu akan memberi tumpuan kepada dua agenda utama iaitu strategi politik bagi menghadapi PRU16 serta pelaksanaan manifesto GRS, khususnya menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.