Kota Bharu: Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembatalan gabungan parti itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dengan kadar segera.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya mempunyai tempoh 30 hari untuk membuat rayuan mengikut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.
"Kita akan kemukakan rayuan dalam masa beberapa hari ini dan kini dalam proses mempersiapkan perkara berkenaan.
"Terserah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk memutuskannya kerana keputusannya adalah muktamad," katanya.







