Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata kerajaan mendengar keresahan M40 yang diterjemahkan dalam Belanjawan 2027, termasuk menaikkan had pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kerajaan sentiasa membuka ruang rayuan bantuan kepada mereka yang mengalami perubahan status kewangan, termasuk golongan pertengahan (M40) yang kehilangan pekerjaan, bagi membolehkan permohonan dinilai semula berdasarkan keadaan semasa.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong, berkata mekanisme rayuan itu membolehkan penerima yang tidak lagi memenuhi syarat berdasarkan rekod terdahulu mengemukakan permohonan sekiranya situasi kewangan mereka berubah.
“Walaupun dalam keadaan pengangguran, sebenarnya rayuan dibuka setiap hari dan setiap penerima bantuan boleh membuat rayuan kalau status sedia ada telah berubah. Mereka boleh buat rayuan setiap hari,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fhannahyeoh20260916_792822.png&w=480&output=webp&q=85&we)
