Keadaan kenderaan MPV dinaiki dua beranak yang dihempap sebuah kontena terbalik di Sepanggar, Sabah malam tadi.KOTA KINABALU: Dua beranak maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap sebuah kontena yang terbalik dalam kemalangan di Jalan Pelabuhan Sepanggar Bay, berhampiran Wisma Sabah Ports malam tadi.
Mangsa yang maut ialah pemandu kenderaan serba guna (MPV), Mohd Jadi Pelbi, 53, bersama dengan anak perempuannya yang berada di tempat duduk penumpang Norfaieza Mohd Jadi, 24.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba Sabah memaklumkan menurut keterangan saksi, lori treler berkenaan sedang menjalankan kerja menaikkan sebuah kontena di tepi jalan utama ke atas treler.
“Ia hilang keseimbangan lalu terbalik menghempap kenderaan mangsa yang sedang melalui jalan berkenaan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F435435232344_181809.png&w=480&output=webp&q=85&we)