Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berkata wujud isu melibatkan prestasi kontraktor yang perlu diatasi bagi memastikan projek Lebuhraya Pan Borneo berjalan lancar serta mengikut jadual. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Tiada kelewatan pembayaran kepada kontraktor projek Lebuhraya Pan Borneo yang menjejaskan kemajuan pembinaan laluan berkenaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Ahmad Maslan berkata pembayaran untuk Fasa 1A dan Fasa 1B projek itu dilaksanakan selaras dengan kemajuan fizikal di tapak, malah kadar bagi kedua-duanya adalah sama atau melebihi jadual sebenar.
Beliau berkata bagi Fasa 1A yang melibatkan 15 pakej kerja, kemajuan fizikal sebenar ialah 89.54% berbanding 96.23% mengikut jadual manakala pembayaran kewangan mencapai 88.78%.







