Shah Alam: Aveta Malaysia memperkenalkan Nova 200 Edisi Terhad pada harga RM8,788 dan Falcon 180 Serba Baharu berharga RM9,798 yang dilancarkan sempena Aveta Mega Gathering 2026.
Nova 200 Edisi Terhad dengan kapasiti enjin 183.3cc tampil dalam warna Cyber Yellow, dilengkapi visor baharu dan rim berwarna emas bagi memberikan penampilan lebih eksklusif kepada skuter sport berkenaan.
Terhad kepada 1,688 unit, model itu turut menampilkan pelekat Edisi Terhad pada bahagian tengah. Ia hanya boleh didapati menerusi rangkaian pengedar Aveta Preferred Dealers.
Sementara itu, Falcon 180 menyasarkan penunggang yang mahukan skuter bercirikan pengembaraan, selain sesuai untuk perjalanan harian, aktiviti hujung minggu dan perjalanan jarak jauh.









