BAITULMUQADDIS: Polis Israel menahan 10 individu di Tebing Barat pada Isnin susulan serangan peneroka haram Israel terhadap seorang jurugambar Amerika Syarikat (AS) dan datuk bandar dari Perancis.

Polis memaklumkan pihaknya menyerbu beberapa lokasi di seluruh Tebing Barat serta merampas kenderaan dan bahan bukti yang berpotensi berkaitan dengan serangan itu, yang semakin meningkat ketika peneroka haram mengganggu musim tuaian zaitun tahunan rakyat Palestin.

“Susulan insiden keganasan serius sepanjang hujung minggu lalu, termasuk serangan terhadap seorang petugas media dan serangan yang disyaki menyasarkan orang awam asing, operasi penahanan dijalankan sebelum subuh.

“Suspek ditahan kerana disyaki terbabit dalam insiden keganasan, melanggar arahan komander tentera berhubung kawasan larangan tentera serta melakukan pembinaan haram,” kata Komander Polis Israel bagi Tebing Barat, Mejar Jeneral Moshe Finchi. katanya.