PETALING JAYA: Pemain boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan gagal mempertahankan kejuaraan Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2026 apabila tewas pada aksi final di Munich, Jerman, semalam.

Pemain berusia 28 tahun itu terpaksa akur kepada pemain Perancis, Manon Clement 1-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Max Munich Bowling, Brunnthal.

Natasha, memberikan tentangan sengit, namun tewas pada perlawanan pertama dengan 198-231 sebelum bangkit menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 286-147 pada perlawanan kedua.

Pada set penentuan, Natasha gagal meneruskan momentum apabila tewas 168-204, sekali gus terlepas peluang mempertahankan kejuaraan dimenanginya tahun lepas.