LONDON: Dmitry Bivol bakal mempertahankan gelaran juara dunia kelas light heavyweight menentang Callum Smith pada 12 Disember ini di Yekaterinburg, Rusia.

Bivol yang memiliki rekod 25-1 dan 12 KO itu akan mempertaruhkan tali pinggang IBF, WBO, WBA dan Ring ketika Smith (31-2, 22 KO) mengintai peluang menjadi juara dunia dalam dua divisyen selepas pernah memegang gelaran WBA kelas super middleweight.

Pertarungan itu diarahkan oleh WBO sebagai perlawanan wajib buat Bivol untuk mempertahankan gelaran.

Kedua-dua petinju hadir selepas melalui tempoh kurang aktif dalam gelanggang.