London: Yekaterinburg: Dmitry Bivol bakal mempertahankan gelaran juara dunia kelas light heavyweight bersepadu menentang Callum Smith pada 12 Disember ini di Yekaterinburg, Russia.
Bivol (25-1, 12 KO) akan mempertaruhkan tali pinggang IBF, WBO, WBA dan Ring ketika Smith (31-2, 22 KO) mengintai peluang menjadi juara dunia dalam dua divisyen selepas pernah memegang gelaran WBA kelas super middleweight.
Pertarungan itu diarahkan oleh WBO sebagai pertahanan gelaran wajib buat Bivol.
Kedua-dua petinju hadir selepas melalui tempoh kurang aktif dalam gelanggang.










