JAKARTA: Sikap pemurah rakyat Indonesia dan semangat perpaduan mereka terhadap penderitaan rakyat Palestin akibat konflik di Gaza kini dieksploitasi pihak tertentu untuk mengumpul dana yang kononnya bertujuan membantu mangsa perang, tetapi sebenarnya disalurkan bagi membiayai kegiatan pengganas.
Beberapa kegiatan mengumpul derma yang menggunakan alasan kemanusiaan didapati palsu dan dipercayai bertujuan mendapatkan dana untuk kumpulan pengganas.
Ketua Badan Nasional Pencegahan Pengganasan (BNPT), Eddy Hartono berkata, pihak berkuasa mengesan beberapa kes pembiayaan keganasan yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan mencari keuntungan, yayasan kebajikan, kutipan derma awam dan kempen mengumpul dana menerusi media sosial.









