Kuala Lumpur: Kenderaan yang menggunakan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari arah barat iaitu Butterworth-Kubang Semang menghala ke timur berhampiran Lunas, Kedah, akan dilencongkan melalui Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Penanti arah timur, pada Rabu (21 Oktober ini).
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan lencongan itu akan diaktifkan pada 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, bagi menjalankan latihan simulasi kecemasan.
"Latihan simulasi itu diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas, persediaan dan tindakan yang diambil oleh PLUS, pasukan penyelamat serta agensi-agensi berkaitan ketika menghadapi situasi kecemasan di lebuh raya.
"Di samping itu, latihan ini turut menilai serta mengkaji tahap kecekapan proses menyelamat mangsa kemalangan oleh agensi penyelamat berkaitan," katanya.










