Kuala Lumpur: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memulakan siasatan berhubung pengurusan, tatakelola kewangan, dan pelaksanaan fizikal Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, skop siasatan itu akan memperhalusi isu kelewatan pembinaan projek terbabit walaupun terdapat pelbagai jawatankuasa pemantauan sudah ditubuhkan di peringkat negeri dan Persekutuan.
Beliau berkata, antara perkara dipersoalkan PAC ialah kewajaran sistem pemantauan sedia ada yang meluluskan pembayaran projek itu, sedangkan kemajuan fizikal di lapangan tidak selari jumlah dana awam yang sudah dibelanjakan.
Susulan itu, katanya, PAC akan memanggil saksi daripada Kementerian Kerja Raya (KKR), Jabatan Kerja Raya (JKR), termasuk JKR Sabah serta agensi dan pihak berkaitan bagi memberikan keterangan dalam prosiding berkenaan.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F959a0b75527dbaba26af83744ab2e60f.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)


