Seremban: Beberapa bekas EXCO Negeri Sembilan memilih tidak mengulas lanjut berhubung tindakan undang-undang baharu yang difailkan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan serta Setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin, bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Menteri Besar dan 16 individu lain, hari ini.

Bekas EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Datuk Mustapha Nagoor, berkata beliau dan rakan-rakannya berpandangan lebih baik tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu buat masa ini.

"Kami maklum mengenai perkara itu, tapi saya tak berani nak komen kerana khuatir nanti disalah tafsir.

"Lebih baik diam sajalah.. kami tunggu perkembangan selanjutnya, kami harap krisis ini dapat selesai secepat mungkin," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, ketika dihubungi, hari ini.